BINTULU: Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli-Ahli Lembaga BDA Ke-83 di sini pada Rabu.
Mesyuarat yang berlangsung kira-kira tiga jam di Hotel Fairfield Marriot Bintulu Paragon itu dihadiri semua Ahli Lembaga BDA bagi membincangkan tentang polisi dan hala tuju BDA dalam merancang pembangunan ekonomi dan sosial di Bahagian Bintulu.
Turut dibincangkan, manfaat yang akan diperolehi penduduk Bahagian Bintulu menerusi pelaksanaan inisiatif manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah diumumkan dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak lepas.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Residen Bahagian Bintulu, Datu Jack Aman Luat, Pengurus Besar BDA, Datu Muhammad Yaakup Kari, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Datu Abdullah Julaihi dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah BDA lain. -EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS